Quantcast
Channel: NIKKHAZAMI.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Fungsi HTTPS Untuk Keselamatan Blogspot

$
0
0


Fungsi HTTPS untuk keselamatan blogger Blogspot. Sebelum ini Google telah pun memperkenalkan sokongan HTTPS terhadap beberapa produknya seperti Gmail, Drive, Youtube, dan Search. Kini ia turut diperkenalkan kepada Blogspot. 

Pasti ada blogger tertanya-tanya apa maksud HTTPS dan apa bezanya dengan HTTP? Bagi yang dah tahu, abaikan sahaja bahagian ini. 


Maksud HTTP:Hyper Text Transfer Protocol Secure adalah protokol untuk menghantar dokumen/halaman dalam world wide web (www). HTTP berperanan mengatur apa yang harus dilakukan oleh web server/browser sebagai respon di atas perintah yang ada pada protokol HTTP.

Maksud HTTPS:Hyper Text Transfer Protocol Secure (HTTPS) adalah versi yang lebih selamat dari HTTP. Huruf 'S' adalah secure (selamat). Ini bermakna segala aktiviti di antara browser dan laman web adalah sulit. 

Fungsi HTTPS

1. Menyukarkan penjenayah cyber untuk mencuri maklumat atau mengesan aktiviti penulis blog dan pengunjung.
2. Membantu anda melayari laman web yang tepat dan tidak dibawa ke laman yang tidak selamat.
3. Membantu mengesan jika ada penjenayah cyber cuba untuk mengubah data yang dihantar dari Blogger kepada pengunjung.

Walaubagaimanapun, HTTPS ni tidak menyokong custom domain seperti  dotcom, dotnet, dan sebagainya. Ia hanya untuk blog yang menggunakan .blogspot.com.

Artikel berkaitan  - Beli Domain Murah Malaysia

Cara aktifkan HTTPS pada blogspot


!!! Namun sebelum anda setkan kepada HTTPS, anda perlu tahu yang ia bakal memberi kesan terhadap beberapa elemen pada blog anda. Ia mungkin mengakibatkan template, gajet, dan blog post tidak akan berfungsi dengan baik. !!!

Kalau kita perhatikan laman web perbankan semuanya menggunakan HTTPS begitu juga dengan laman rasmi kerajaan. Dalam bahasa mudah, HTTPS adalah lebih selamat.

Sebenarnya dah lama tunggu fungsi ini diaktifkan Blogspot. Tapi malangnya blog ini sudah berdomain. Tapi takpe, kita tunggu. Mana tahu kot-kot nanti ia turut menyokong semua blog yang menggunakan platform Blogspot termasuklah yang berdomain.

Entri sebelum ini - Beme: Aplikasi Perkongsian Video Terbaharu

Terima kasih kerana membaca Fungsi HTTPS Untuk Keselamatan Blogspot.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 671

Trending Articles