Air Upin Ipin Tiada Dadah. Baru-baru ni kecoh di laman sosial tentang berita air minuman Upin Ipin mengandungi dadah. Berita ini menjadi viral selepas tersebarnya gambar tangkapan remaja di sebuah hotel bersama minuman perisa teh lemon ais dan anggur jenama Upin Ipin yang telah dicampurkan dadah.
Orang ramai khususnya ibu bapa tidak perlu risau kerana air yang diinspirasikan dari animasi popular terbitan Les Copaque Production Sdn Bhd ini selamat diminum. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Les Copaque, Burhanuddin Md Radzi, di mana air Upin Ipin tidak mengandungi dadah dan selamat diminum.
Menurut laporan Astro Awani, sindiket yang mengedarkan ketamin dalam bentuk air dan dimasukkan dalam botol air Upin Ipin telah ditumpaskan. Malas, air berkenaan sebelum ini hanya dijual kepada penagih sahaja dan tidak berada dipasaran.
Selamat dan tiada dadah
Air Upin Ipin yang asli diperbuat dikilang yang diiktiraf dan diedarkan oleh pengedar tunggal ke seluruh negara. Pihak polis juga telah mengambil sample air dan mengesahkan produk minuman itu tidak mengadungi dadah seperti yang dihebahkan.
Entah kenapa rakyat Malaysia ni suka sangat sebar dan percaya berita-berita palsu atau perkara yang tidak sahih di laman sosial. Berita air Upin Ipin ada dadah ni sudah pasti menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa. Padahal air tu selamat.
Entah kenapa rakyat Malaysia ni suka sangat sebar dan percaya berita-berita palsu atau perkara yang tidak sahih di laman sosial. Berita air Upin Ipin ada dadah ni sudah pasti menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa. Padahal air tu selamat.
Entri sebelum ini: Restoran Wau Kota Bharu Memang Sedap
Terima kasih kerana membaca Air Upin Ipin Tiada Dadah.